Imagine Dragons
Imagine Dragons

Imagine Dragons

Imagine Dragons adalah sebuah kugiran rock Amerika Syarikat dari Las Vegas, Nevada. Ia terdiri daripada penyanyi vokal utama Dan Reynolds, pemain gitar Wayne Sermon, pemain bes dan papan nada Ben McKee dan pemain dram Daniel Platzman.[1] Pendedahan awal kumpulan ini adalah melalui pelancaran single "It's Time", diikuti dengan album studio penampilan sulung Night Visions (2012), di mana singles-single dalam album tersebut berjaya memasuki carta seperti "Radioactive" dan "Demons". Billboard meletakkan mereka dalam tempat teratas bagi kedudukan 'Tahun dalam Rock' untuk tahun 2013[2] dan 2017[3] serta menamakan mereka sebagai 'Band Cemerlang 2013' dan 'Band Terbesar 2017'.[4] Rolling Stone menamakan lagu "Radioactive" yang memegang rekod untuk berada dalam carta untuk banyak minggu di Billboard Hot 100 'hit rock terbesar tahun ini'[1][5][6] dan MTV memanggil mereka sebagai 'band paling cemerlang tahun ini'.[7]Album studio kedua Imagine Dragons, Smoke + Mirrors (2015) berjaya menduduki tempat pertama di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.[8][9] Selepas rumpang yang singkat, band itu melancarkan album studi ketiga mereka Evolve (2017), yang menghasilkan single berkedudukan teratas di dalam carta iaitu "Believer" dan "Thunder". Walaupun ketiga-tiga album mereka secara komersialnya berjaya, penerimaan kritikal terhadap album tersebut adalah bercampur.[10]Imagine Dragons telah memenangi tiga Anugerah Muzik Amerika, lima Anugerah Muzik Billboard, satu Anugerah Grammy dan satu Anugerah World Music. Pada Mei 2014, mereka dicalonkan untuk empat belas Anugerah Muzik Billboard, termasuklah Artis Terbaik Tahun Ini dan Anugerah Penghargaan, yang mengiktiraf inovasi dan kreativiti artis yang merentasi genre berbeza. Imagine Dragons juga berjaya menjual 12 juta salinan album dan 35 juta single di seluruh dunia.[11]

Rujukan

WikiPedia: Imagine Dragons http://www.billboard.com/articles/columns/chart-be... http://www.billboard.com/articles/news/1572960/ima... http://www.billboard.com/articles/news/5820100/the... http://imaginedragonsmusic.com/ http://instagram.com/p/y-iTXlBeJG/ http://www.kkbox.com/artist/xj1Naq1y3a8CfXY0F0mlk0... http://www.metacritic.com/person/imagine-dragons http://www.mtv.com/news/articles/1718729/imagine-d... https://itunes.apple.com/artist/358714030 https://www.billboard.com/articles/columns/rock/80...